Jul 21, 2011

yang kau nampak

yang kau nampak sorang tu jela yang tolong kau
yang kau nampak sorang tu jela yang selalu ada untuk kau
yang kau nampak sorang tu jela yang selalu kau turn to if pape
yang kau nampak sorang tu jela yang sanggup berkorban untuk kau

itu je yang kau nampak. tapi dear friend, kau tak pernah hargai apa yang aku buat untuk kau
kau suruh aku tipu orang, aku tipu
semua semata-mata tak nak keruhkan keadaan
kau datang mintak tolong kat aku walaupun kau dah banyak kali kecik kan hati aku
tapi aku tak pernah berkira
aku tolong kau

tak pasal pasal aku juga yang kena, aku juga yang dimarah, aku juga yang disalah anggap. semua kerana kau dear friend.
tapi pernah kau nampak semua tu
pernah kau nampak apa yang aku korban untuk kau
pernah ke kau ambil kisah even sikit pun tentang apa yang aku rasa
tak pernah, sikit pun tak pernah

pernah kau tanya khabar aku 
tanya aku macam mana
hidup tak hidup lagi kat dunia ni
pernah kau peduli masa aku tengah sedih 
di masa aku gagahkan mata ku untuk tidak menangis
di masa aku gagahkan bibirku untuk senyum

ternyata kau bukan rakan baik ku dear friend
tapi tak. yang kau nampak sorang tu je yang ada untuk kau.
orang orang lain yang tolong kau selain aku kau tak pernah peduli
kau tak pernah nak terasa pun

kau nak buat kau punya panas baran, kau punya keras kepala, kau punya ego
kau tak fikir orang lain punya pulak macam mana
mungkin kau tak tak pernah rasa apa yang aku rasa
even though kau rasa kau pernah rasa, tapi kau ingat orang lain tak rasa kot macam kau
lagi teruk dari kau pun ada. 

jangan pernah fikir orang tu je yang akan ada untuk kau selamanya
pernah tak kau fikir yang satu masa dahulu
orang yang kau puja yang kau agungkan sekarang tu 
dulu pernah tinggalkan kau
pastu kau datang kat sapa?
kat aku juga

sedarlah wahai manusia
jangan kau fikir dunia ni ada kau dan orang yang kau puja tuh je
jangan kau fikir kau je yang ada perasaan dalam dunia ni

Tulus ikhlas,
orang yang serik dengan kau

1 comment:

Unknown said...

Kawan.

Lagi susah nak jaga drpd jaga bf/gf.