mak saya kata kalau orang-orang macam ni. kita treat dia dengan senyuman, layan seperti biasa. baik je. tapi jangan la terlalu baik sampai mencurigakan. jangan la pegi sebelah dia buat muka sarkastik n ajak pg minum starbucks kan. tapi take it lightly. lama kelamaan dia akan sedar kesilapan dia and dia akan datang sendiri kat kita minta maaf. maklumla. saya pun kadang-kadang macam tu. apa kata orang, "learn from experience." :D
lagi satu, kalau ada orang buat kesilapan, jangan kita sesekali membuka keaiban orang tu. tidak perlu kita menegur orang itu secara kasar di hadapan orang lain. tidak sekali menyebar keaiban orang tu kat orang lain. cuba kita be in their shoes. mesti kita rasa malu kan. kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah membuka keaiban orang. kalau boleh elak kan. tak elok mak kita cakap. hihi
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "... dan sesiapa yang menutup keaiban seorang usli maka Allah ta'ala akan enutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)Hadith ni menyeru kita supaya memelihara keaiban orang lain. Sebagai balasan, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Saya ni takdala pandai sangat dalam bab agama. Tapi kita sesama manusia, patut tolong beri ingatan kepada diri sendiri dan orang sekeliling secara langsung dan tidak langsung benda yang kita tahu. baru laa best kan. sama sama share. :)
Kalau kita ada rasa orang tu buat salah janganlah kita pegi canang kat facebook la, twitter la apela. kita tegur elok elok, conversation antara dua pihak sahaja dan tidak ada pihak ketiga sekiranya tidak diperlukan.
"Sessunguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman. bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui. sedang, kamu tidak mengetahui." (An-Nuur: Ayat 19)Allah dah tolong manusia tutup keaiban kita. So kenapa perlu kita buka balik keaiban tu betul tak? tak baikk tauu. :) Sesungguhnya Allah menginginkan yang terbaik untuk kita. Allah itu sentiasa memberi peluang untuk kita kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan disebalik tabir.
Mesti korang rasa saya ni cam poyo je kan, bajet ustazah la apa la. diri pun tak betul ye dak. tak kira la ye. sama sama nak share. yang baik semua datang dari-Nya, yang khilaf datang dari saya. Maaf kalau ada tersalah wording ke apa dalam ayat-ayat saya yang memberi maksud lain.
ps: rasa janggal pakai saya. haha.
1 comment:
Chingchong!!!!
Kalau nak tunggu 'baik' baru nak berdakwah susah lah. takkan ada orang yang berdakwah, sebab semua orang buat dosa.
Bukan kerja kita nak judge orang. Itu kerja Tuhan.
Thank you for the reminder Hana
Post a Comment