Sep 30, 2011

kau bajet kau bagus?

cara untuk betulkan keadaan. mesti semua orang ada cara tersendiri ye dak? tapi kan cara tu kene ke tak ngan situasi? mungkin kita kata ya, mungkin kita kata tidak. depends on people. tapi macam mana kita nak handle orang yang bersalah tapi buat buat tak tau. n then elak elak dari bersemuka ngan kita sebab tahu salah tapi tak nak ngaku.

mak saya kata kalau orang-orang macam ni. kita treat dia dengan senyuman, layan seperti biasa. baik je. tapi jangan la terlalu baik sampai mencurigakan. jangan la pegi sebelah dia buat muka sarkastik n ajak pg minum starbucks kan. tapi take it lightly. lama kelamaan dia akan sedar kesilapan dia and dia akan datang sendiri kat kita minta maaf. maklumla. saya pun kadang-kadang macam tu. apa kata orang, "learn from experience." :D

lagi satu, kalau ada orang buat kesilapan, jangan kita sesekali membuka keaiban orang tu. tidak perlu kita menegur orang itu secara kasar di hadapan orang lain. tidak sekali menyebar keaiban orang tu kat orang lain. cuba kita be in their shoes. mesti kita rasa malu kan. kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah membuka keaiban orang. kalau boleh elak kan. tak elok mak kita cakap. hihi
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "... dan sesiapa yang menutup keaiban seorang usli maka Allah ta'ala akan enutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)
Hadith ni menyeru kita supaya memelihara keaiban orang lain. Sebagai balasan, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Saya ni takdala pandai sangat dalam bab agama. Tapi kita sesama manusia, patut tolong beri ingatan kepada diri sendiri dan orang sekeliling secara langsung dan tidak langsung benda yang kita tahu. baru laa best kan. sama sama share. :)


Kalau kita ada rasa orang tu buat salah janganlah kita pegi canang kat facebook la, twitter la apela. kita tegur elok elok, conversation antara dua pihak sahaja dan tidak ada pihak ketiga sekiranya tidak diperlukan. 
"Sessunguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman. bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui. sedang, kamu tidak mengetahui." (An-Nuur: Ayat 19)
Allah dah tolong manusia tutup keaiban kita. So kenapa perlu kita buka balik keaiban tu betul tak? tak baikk tauu. :) Sesungguhnya Allah menginginkan yang terbaik untuk kita. Allah itu sentiasa memberi peluang untuk kita kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan disebalik tabir. 


Mesti korang rasa saya ni cam poyo je kan, bajet ustazah la apa la. diri pun tak betul ye dak. tak kira la ye. sama sama nak share. yang baik semua datang dari-Nya, yang khilaf datang dari saya. Maaf kalau ada tersalah wording ke apa dalam ayat-ayat saya yang memberi maksud lain. 


ps: rasa janggal pakai saya. haha. 

Sep 28, 2011

Sep 26, 2011

F

Dear F,

stop hurting my feelings, stop saying you care, stop saying you love me or miss me. even though there's nothing to end between us, but the 'playing with my feelings' thing is not funny and you're very good at it. I get it now. Final say, it's over. Dah kantoi besar dah dengan hana. How could i ever have believed you. Yeap. I was dumb. Got swept away by your sweet talk. 

Sticking on being one of the bros. never to believe guys who want to overtake my heart ever again. Fourth times a stupidity. Bila la hana nak learn ni. U officially been kantoi-ed by me myself, and you'll pay for it. i promise. You really crossed the line right now. 

                                                                                                                                   Sincerely fucked up,
                                                                                                                                               H

Sep 23, 2011

shoutout!

a biggg birthday shoutout to sharifah zawani and nurul hidayah! have a blast guys! sorry no hadiah. just hadiah of a family portrait and picture of you guys. next year dah tak sambut sama dah :( i mean in the states laa. in malaysia insyaAllah :)



Sep 20, 2011

law and order

semalam was the day aku pergi masuk court for the first time in my life. pernah tak korang jumpa court yang satu bangunan ngan senior center, town service suma? tak pernah kan. well, chili town court adalah salah satunya! hha. nak tergelak masa memula sampai. actually dia ada satu je court room. and dia jenis court yang jenis sekali masuk 100 case tu. buek ponek je cuak cuak. hahaha. takda kandang or what so ever. and judge tu dah tua dan sukaaa sangat wat lawak dalam court. boleh? haha. pkul 1030 masuk court room tunggu punya tunggu, nama aku dipanggil nak dekat kol 12. hadui. dok depan judge sambil semua orang dengar tak sampai 5minit. tapi pengalaman bhaaaii.

DA: your honor, i offer you the 1201 something something(tak ingat..haha)
judge: do you take full use of the offer? (sambil pandang kat aku)
me: yes your honor.
judge: and how do you wish to plea?
me: guilty.
judge: you are hereby sentenced to a fine of 100dollars and an 85 surcharge by the state government.

perrgghhh. lepas cuak aku semua. hahaha. first time masuk court, first tengok macam macam orang, yang mencuri la yang intoxicated la. hihi

lain kali taknak kene saman dah. btw i was pissed off the whole day. don't ask. hahaha


Sep 18, 2011

abah

bila tengok post roomieku hazirah teringat kat abah. rasa macam dah lama sangat tak bercakap ngan abah. padahal memang lama pun. semua ni angkara abah berkecil hati sebab hari tu berlaku perkara perkara tak diingini kat airport.

1. flight aku delay memula tetiba cancel
2. beratur pergi rebut nak naik bas supaya dia tak hantar pegi royale bintang seremban yang sangat jauh instead of marriott putrajaya.
3. memang tak berjumpa ngan abah langsung masa tu padahal abah kat airport.

hati ni nak sangat bercakap ngan abah, kebiasaannya abah mesti call malam malam cani kat skype tanya khabar semua. tapi sekarang tak dah. dah mintak maaf semua kat abah tapi abah tak terima. hari tu raya pun tak dapat nak bercakap ngan abah. takde macam biasa minta maaf di pagi raya. lagipun abah tak pernah call nombor us aku. sedikit terasa la. n masa kat airport tu pun, mama yang sibuk sibuk tolong aku arrangekan flight aku balik ke us.

kenapa aku perlu nak rindu kalau abah selalu tak ada untuk aku masa aku banyak masalah. kenapa mama yang selalu ada, bantu aku sampai flight tiket aku di issuekan balik yang aku asyik gadoo je. tapi sekarang aku dah boleh tahan kalau mama ajak gado. aku surpresskan.

entahla. tak tahu macam mana nak kata. dah keadaan macam ni taktau la kalau abah datang or tak for my graduation. nak buat macam mana kan. mama dah warning awal awal jangan cari abah.. aku pun dah tak tahu nak buat apa.

abah sampai buang aku daripada family list kat facebook. terukkan. selama ni tak pernah pun bersentuh tempat tu. takpala. nak buat cana. apa apa pun aku doakan abahku yang terbaik. bimbinglah bapaku ke jalan yang lurus. ubahkanlah sikap bapaku yang tidak elok sebelum sebelum ini. ameen.




kandang

tomorrow is the day when i get to be judged! by a real judge. huwaaa. hope everything goes well. i really do. doa agar semuanya selamat pergi dan balik.